Wednesday, July 23, 2008

Sekadar menyebarkan....... Pesanan terbaik dari seorang rakan....

Assalamualaikum,
Just wanna share with everyone kisah benar yang kawan saya lalui.
Baru- baru ni ketika kawan saya nak ke Surau berdekatan dgn rumahnya
untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah
putih dari jauh melemparkan senyuman kepada kawan saya. Kerana masih ada banyak
waktu, kawan saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak
dia kenali itu. Timbul di hati kawan saya tu untuk jalan seiringan ke surau.
Bila beliau hampir pada kawan saya, diaorang saling memberi salam.
Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan.
Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik.
Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah
yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan kepada kawan saya supaya
pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan kawan saya supaya pesan
pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.


Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah
sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan
jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah,
akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita semua, kata
pakcik itu.

Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak
guna buat baik tapi tak ikhlas untuk Allah.


Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik itu. Bahagian ini, menarik sikit.
Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman
sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya,
anak-anak mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman
globalisasi, anak-anak mungkin kena kerja atau belajar sampai ke
Amerika atau ke mana-mana.
Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat,

kata pak cik itu. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia
sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'.
Atau mungkin untuk menjaga keutuhan iman, kita elakkan diri dari arus
hedonism zaman sekarang. Katakan 'untukmu cara hidupmu, untukku cara
hidupku'. Betul juga, fikir kawan saya. Kemudian, pak cik itu cakap ada satu lagi perkara
yang mesti dipegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda
Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk
ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan >
sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
Kedua, kekuatan hati
Hati ialah iman, kata pak cik itu. Hati orang Islam mesti kuat supaya
betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila
ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat
tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan
iman, kata pak cik itu.


Ketiga, kuat fizikal
Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam
minda, kata pak cik itu. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan
tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang,
katanya. Habis saja pak cik itu cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau
minta diri dan hilang dari pandangan kawan saya setibanya di surau tersebut.

Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan
agar kawan saya ini sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk
disampaikan.

Iqra'.....!

Take a break…….meditate…3 minutes & calm your mind…

Recite 3x :

1 comment:

faizal mohamad twon tawi said...

salam..
bagusla cerita ini..satu cerpen pendek berunsur ilmu..sy nk kongsi sedikit, betul pakcik tu cakap..ilmu itu sgt penting sampai Nabi wajibkan kita menutut ilmu bagi lelaki atau perempuan.
Tetapi sebagai seorang Islam, kita perlu membina paksi yang kukuh (Islam) sebelum kita meneroka ilmu Allah yang lain dengan lebih dalam supaya kita tidak jatuh dari landasan. Supaya tidak wujud golongan intelek yg makan rasuah,makan riba,pecah amanah dn sebagainya...

Free Web Hosting with Website Builder

Hey! U Get Paid For This!!!