Wednesday, July 30, 2008

... it's L O V E...

For all you people who say, "I love you" when you have no clue what love is exactly!!! Something to ponder
upon...

Are your palms sweaty, is your heart racing and is your voice caught within your chest??
- It isn't love, it's LIKE.

You can't keep your eyes or hands off of her/him
- It isn't love, it's LUST.

Are you proud, and eager to show her/him off??
- It isn't love, it's LUCK.

Do you want her because you know she's/he's there??
- It isn't love, it's LONELINESS.

A re you with her/him because it's what everyone wants??
- It isn't love, it’s LOYALTY.

Are you with her because she/he kissed you, or held your hand?
- It isn't love, it's LOW CONFIDENCE.

D o you stay for her/him confessions of love, because you don't want to hurt her/him?
- It isn't love, it's PITY.

Do you belong to her/him because the sight of her/him makes your heart skip a beat??
- It isn't love, it's INFATUATION.

Do you pardon her faults because you care about her/him?
- It isn't love, it's FRIENDSHIP.

D o you tell her/him every day she is the only one you think of?
- It isn't love, it's a LIE.

Are you willing to give up all of your favorite things for her sake?
- It isn't love, it's CHARITY.

Does your heart ache and break when she's sad?
- Then it's LOVE.

Do you cry for her/his pain, even when she's/he's strong?
- Then it's LOVE.

Do her/his eyes see your true heart, and touch your soul so deeply it hurts?
- Then it's LOVE.

Do you stay because a blinding, incomprehensible mix of pain and relation pulls you close and holds you
to her/him?
- Then it's LOVE.

Do you accept her/his faults because it's a part of who she/he is?
- Then it's LOVE.

Are you attracted to others, but stay with her/him faithfully without regret??
- Then it's LOVE.

Would you give her/him your heart, your life, your death??
- Then it's LOVE.

Now , if love is painful, and tortures us so, why do we love? Why is it all we search for in life? This pain, this agony? Why is it all we long for? This torture, this powerful death of self? Why…?

The answer is so simple cause it's...LOVE . It is such an addictive thing that even people who are not having it wish to experience it and share it with others as well. Share this with all your friends so they don't make the same mistake with their LOVE LIVES!! I like the dreams of the future better than the history of the past...Love hurts our feeling, but it's also the reason our soul heal…But one day when u truly fall in love.. remember to let the someone know.. to suffer a moment of embarrassment is better than letting your happiness fly away forever...

Monday, July 28, 2008

10 Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Sampaikan kepada semua mereka yang kita kenali agar ilmu ini tersebar dan kita dapat bersama-sama mengamalkannya.
" Ya Allah... berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada lurus di jalan Mu...Amin.."

Saturday, July 26, 2008

...sekadar meng'forward'kan ilmu...

...untuk insan bernama ISTERI...

Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah
subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada
tanggungjawab/peranan isteri terhadap suami.

Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat
lebih pahala adalah seperti dibawah :-

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing
pada fakir miskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan
meninggalkan anak
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg
soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang
sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi
benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri
berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat
pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak
berterusan dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan
menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan
keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!

Friday, July 25, 2008

...sekadar berkongsi ilmu...

Masalah dan Cabaran Dalam Mendidik Anak

"Kalau seorang anak sahaja yang menimbulkan masalah, tak mengapalah. Ini kedua-duanya menimbulkan masalah. Mesti saya seorang ibu yang teruk!" rintih seorang ibu muda mengenai masalah yang dihadapi, mengenai anak-anaknya.

Pernahkah anda mengalami perasaan seperti luahan di atas?

Satu perkara yang perlu difahami, jika seorang ibu menghadapi masalah dalam membesarkan anak-anak, adakah itu petanda dia seorang ibu yang teruk? Adakah seorang ibu yang baik, bermaksud seorang yang tidak dilanda cabaran dalam membesarkan anak-anaknya? Sebenarnya kita perlu faham apakah peranan masalah dan cabaran dalam hidup kita. Mengapa kita perlu didatangi cabaran dan masalah? Mengapa hidup tidak boleh menajdi mudah dan tanpa masalah?

Kita dibesarkan dengan satu tanggapan bahawa bila didatangi masalah atau cabaran, itu adalah petanda buruk. Kita melihat masalah dan cabaran sebagai sesuatu yang amat digeruni. Tetapi sebenarnya sekiranya kita faham peranan kedua-dua ini di dalam hidup kita, itulah jawapan yang boleh menjadikan kita hidup tenang.

Masalah dan cabaran adalah guru kepada kita. Ia datang untuk kita mendapat sesuatu ilmu dan kesedaran. Memang kita boleh mendapat ilmu daripada pembacaan, perbincangan dan yang sepertinya, namum, ilmu yang datang daripada masalah dan cabaran akan menyingkap rahsia siapakah kita di muka bumi ini.

Membersihkan hati

Dengan kata lain, setiap dimensi diri kita akan bertumbuh. Yang dimaksudkan dengan dimensi diri, ialah diri fizikal, intelek, emosi dan spritual. Pertumbuhan ini meningkatkan FQ, IQ, EQ dan SQ kita. Itulah maksudnya, firman Allah yang mengingatkan kita bahawa, "Allah tidak membebankan seseorang itu dengan beban yang diluar kemampuannya." (sebahagian ayat 286 dari surah Al-Baqarah)

Memahami akan maksud ayat ini, kita boleh berlapang dada kerana ini adalah satu jaminan bahawa segala cabaran dan masalah yang datang kepada kita walaupun nampak dan rasa amat hebat dan besar, ia sebenarnya adalah di dalam kemampuan kita untuk menanganinya.

Apabila kita berjaya menanganinya, maka kita akan lihat diri kita menjadi lebih matang, bijaksana dan berhati mulia. Inilah rahsia mengapa masalah dan cabaran wujud di dalam hidup kita. Dari segi diri fizikal, ia menjadikan hidup kita lebih bermatlamat. Contohnya, kita lebih menghargai tubuh kerana inilah satu-satunya tubuh yang menjadi kenderaan kita beroperasi di dalam dunia material ini. Dari segi diri intelek pula, kita mendai kaya ilmu, lebih matang dan berfikiran luas. Dari segi diri emosi pula, kita menjadi lebih perihatin akan perasaan orang lain. Hati kita mudah berasa kasih dan sayang kepada setiap ciptaan Allah.

Masalah dan cabaran, membersihkan hati kita daripada sifat keangkuhan. Dari segi diri spritual pula, kita menginsafi bahawa setiap apa yang kononnya kita miliki sebenarnya adalah kepunyaan Illahi. Kita tidak terbelenggu dengan ego kita yang hanya mahu melakukan sesuatu perkara untuk kepentingan diri sendiri semata-mata. Pertumbuhan diri spiritual kita membolehkan kita mempunyai kekuatan sebenar kerana niat mengapa kita mahu melakukan sesuatu, apa sekalipun, adalah untuk kebaikan semua ciptaan Allah. Di sinilah kita menunaikan tujuan ciptaan kita iaitu untuk menjadi Khalifah di muka bumi ini, di mana kita membawa perbezaan di dunia ini.

Kerendahan hati

Kembali kepada isu kita mengenai anak-anak yang menimbulkan masalah. Ingatlah, pada hari anak itu dilahirkan sehinggalah nyawa bercerai daripada badan, kita ketap akan menemui masalah dan cabaran di dalam mendidik dan membesarkan anak. Jika tidak, masakan Allah memberi yang besar kepada ibu dan bapa dalam membesarkan anak-anak.

Seorang bakal ayah telah bertanya yang maksud soalannya lebih kurang begini, "Bagaimana saya boleh menyediakan diri untuk menjadi seorang ayah yang baik kepada anak-anak saya?" Tidak ramai bakal ayah yang mempunyai sikap ingin tahu untuk menyediakan diri menjadi ayah kerana kurangnya kesedaran tentang ilmu-ilmu rumahtangga dan keibubapaan dan mempunyai kerendahan hati untuk bertanya demi kepentingan anak-anaknya.

Bakal-bakal ayah dan meraka yang telah menjadi ayah, ketahuilah bahawa sebelum seseorang isteri itu mengandung, anak itu telah dikandungi dahulu dalam Alamul Sulbi. Seperti firman Allah yang bermaksud, "Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah aku ini Tuhanmu?" mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuban kami), Kami menjadi saksi". (kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya Kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)." (Surah al-A'raaf, ayat 172)

Sel pembiakan jantan atau sperma yang menang dan telah bergabung dengan sel pembiakan betina iaitu ovum, bukanlah satu kebetulan, tetapi ia adalah suatu yang telah dipilih tanpa kita sedari, sepanjang proses itu berlaku. Sperma yang paling kuat itu adalah sperma yang membawa niat dan amalan yang paling kuat sepanjang pembentukan sperma itu. Jika niat dan amalan seorang suami itu baik, maka, sperma yang paling baik, yang akan menjadi anak yang solehlah yang telah menang. Jika di sebaliknya, seseorang suami itu tidak menunaikan tanggungjawap dan melakukan maksiat dan fasik, maka perbuatan ini amatlah mempengaruhi sperma yang bakal menang. Tidak ramai yang ketahui, bagaimana sikap seorang suami sebelum anak itu dilahirkan juga sudah mempengaruhi janin yang bakal dikandung oleh isterinya.

Inilah perkara pertama, tanggungjawap sebagai seorang suami dan bakal seorang ayah. Memastikan bahawa anbak yang bakal lahir itu adalah suci dengan menyucikan diri. Seterusnya bila mengeluarkan sel pembiakan, pastikan suami meminta pertolongan dan perlindungan daripada Allah terhadap kejahatan syaitan. Jika saat bersama dengan isteri tiada bacaan doa, maka ketahuilah, syaitan yang akan mendahului! Ini amat jelas di dalam hadis-hadis Nabi SAW di dalam bab ini. Setelah sel pembiakan bergabung dan membentuk zigot, maka jangan sekali putus berdoa kepada Allah, memohon zuriat yang baik. Beristighfar sekiranya bahagian yang pertama dan kedua telah anda abaikan.

Jaga emosi

Ingatlah, terlalu ramai ibu dan bapa sibuk dengan pertumbuhan fizikal sahaja. Pemakanan, keselesaan fizikal ibu dijaga, pergi berjumpa doktor dan sebaginya, namun keperluan dimensi diri yang tiga lagi tidak begitu dipentingkan. Anak-anak kita bukan tubuh badannya sahaja. Dia juga mempunyai empat dimensi diri yang perlu diseimbangkan pertumbuhannya. Maka carilah jalan bagaimana boleh merangsang pertumbuhan intelek anak, sejak daripada dalam rahim ibunya lagi.

Banyak buku yang boleh dibaca, mudah pula didapati di pasaran. Namun, jangan berhenti di situ sahaja. Anak-anak yang pintar bukan hanya kerana otaknya terangsang, tetapi seorang yang seimbang pertumbuhan dirinya. Maka, pastikan pertumbuhan emosi anak itu sihat. Bagaimana caranya? Dengan memastikan si ibu benar-benar dijaga emosinya. Ketahuilah wahai bapa-bapa, pada masa mengandung ini, seorang wanita itu menjadi lebih sensitif hatinya. Mungkin kerana ketidakstabilan hormon di dalam badannya. Jagalah perasaan isteri. Mungkin anda berasa penat, apa lagi jika si isteri mengidam itu dan ini. Ketahuilah, penat yang anda rasa itu mungkin boleh habis setelah anda berehat. Namun, bagi si isteri pula, ia akan berterusan setiap detik sehinggalah setelah melahirkan dan pantang atau mungkin lebih daripada itu, sepanjang proses nak masih dalam penyusuan.

Sekiranya isteri mengidam, itu bukanlah sesuatu yang dibuat-buat, secara saintifiknya telah membuktikan bahawa ibu itu mengidamkan sesuatu yang diperlukan oleh bayi yang dikandung, untuk membesar dengan baik. Terdapat di dalam buah atau makanan yang diidamkan itu, zat-zat yang diperlukan. Namun, tentulah ini semua menpunyai batasannya. Jika yang diidamkan sesuatu yang haram atau yang pelik-pelik (contoh, kiwi kasut ke...), maka tentulah itu tidak datang daripada yang lain, selain daripada hasutan syaitan.

Bila si suami menjaga isteri itu dan isteri itu berasa amat dikasihi, maka banyak endorfin wujud di dalam badan si ibu dab mengalir ke janinnya. Maka janin ini akan medapat banyak tenaga positif untuk pertumbuhan emosi, intelek dan fizikalnya dengan baik. Tekanan emosi atau trauma akan menyebabkan renjatan emosi yang akan menghasilkan banyak kimia yang mempunyai kesan negatif kepada pertumbuhan fizikal, mental, emosional dan spiritual janin itu. Anak-anak ini akan lahir dengan pelbagai masalah psikologi.

Kecemerlangan diri

Dari segi spiritual pula, si ayah boleh menyediakan diri untuk mendidik anak yang bakal lahir nanti dengan perkara-perkara yang membantu ana ini menyedari keistimewaan dan keunikkannya. Si ayah boleh bercakap-cakap dengan bayi itu sejak dalam kandungan ibu lagi tentang betapa istimewanya anak ini. Bacakan ayat-ayat al-Quran atau cerita-cerita yang memberi kesan positif. Ya, walaupun anak itu masih di dalam kandungan. Sebenarnya roh anda dan anak itu amat bertaut.

Setelah anak itu lahir, teruskanlah pentarbiahan. Gunakan surah Luqman sebagai cahaya untuk menerangi anda dalam mengetahui yang mana priority dan yang mana tidak. Anak-anak yang rapat dengan ayah mereka terutamanya anak-anak lelaki akan membesar dengan baik. Besar sebenarnya peranan seorang ayah. Mengapa dunia sekarang ini menghadapi banyak masalah terutamanya masalah yang bersabit dengan kanak-kanak, ialah kerana kurang terdapat ayah-ayah yang benar-benar mengambil berat dalam penglibatan diri meraka dalam pendidikan anak-anak. Apa lagi dengan fenomena ibu tunggal yang menjadi satu kebiasaan di zaman sekarang ini.

Sebagai ibu dan bapa, kita perlu ambil berat tentang pendidikan anak-anak dan keibubapaan. Kecemerlangan diri kita amat bergantung rapat dengan kecemerlangan pendidikan asas yang kita terima. Pembangunan modal insan amat berkait rapat enggan hormat diri individu, dan hormat diri (harga diri) ini pula amat berkait rapat dengan EQ-SQ individu itu sendiri.

Hati individu itu perlu penuh dengan kasih-sayang dan merasa dikasihi. Ia akan menjadi merah menyala dan bercahaya. Individu ini melakukan sesuatu di atas sebab yang paling besar maknanya iaitu untuk kepentingan umat sejagat dan seluruh ciptaan Allah SWT. Hati yang penuh kasih sayang ini pula datangnya daripada hati yang telah menerima kasih sayang tanpa syarat daripada ibu dan ayahnya, sejak kewujudannya di dalam rahiim ibunya lagi. Jika dia gagal menerima ini, tidak bermaksud dia tidak boleh berjaya, namun dia akan melalui lebih banyak kesukaran.

Kecemerlangan modal insan datangnya daripada individu-individu yang berhormat diri tinggi, individu yang mempunyai hati yang penuh kasih-sayang, yang membesar dalam keluarga penuh kasih sayang. Kecemerlangan diri dan keibubapaan cemerlang adalah suatu yang tidak boleh dipisahkan, seperti kata-kata senaman agung Allahyarham Tan Sri P.Pamlee, "…andai dipisah, lagu dan irama, lemah tiada berjiwa, hampa…."

Sumber: Dr. Rozieta Shaari, Al Advancement of Human Potential

Thursday, July 24, 2008

...sekadar berkongsi...

Baca jika anda ada masa untuk ALLAH.

Bacalah sehingga habis.

My friend forwardkan email kepada saya dan saya hampir membuangnya namun saya telah diberi keberkatan untuk membacanya terus hingga ke penghujung.

ALLAH , bila saya membacanya, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini…. Lebih lebih lagi diwaktu assignment tengah bertimbun-timbun.

Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang …. sebenarnya, menimbulkan pelbagai masalah di dunia ini.

Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat…...

Mungkin malam JUMAAT?.....atau sewaktu solat MAGHRIB atau masa-masa tertentu SAHAJA?

Kita suka ALLAH pada masa kita sakit….

Dan sudah pasti waktu ada kematian…

Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu membuat assignment, bekerja atau bermain?

Kerana… Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA.

Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka……

Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukanlah yang paling utama dalam hidupku. (nauzubillah)

Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.

DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH !!!

Sebarkanlah seandainya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!!

Ya aku CINTA ALLAH .

Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku

IA lah yang mengerakkanku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.

Ini adalah ujian yang mudah.

Kalau anda benar menyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberikan ALLAH kepada mu…

Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?

Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?

Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima……SOLAT!

SOLAT adalah yang terbaik.... Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.

Persoalan timbul: “Tidakkah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK beriman kepada ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka???”

“Tidakkah melucukan bila seseorang berkata “AKU BERIMAN PADA ALLAH” TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH )”

“Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM , ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi???”

“Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda”

Aku berDOA, untuk semua yang membaca watikah ini agar dirahmatiNYA, InsyaALLAH.

Wednesday, July 23, 2008

Sekadar menyebarkan....... Pesanan terbaik dari seorang rakan....

Assalamualaikum,
Just wanna share with everyone kisah benar yang kawan saya lalui.
Baru- baru ni ketika kawan saya nak ke Surau berdekatan dgn rumahnya
untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah
putih dari jauh melemparkan senyuman kepada kawan saya. Kerana masih ada banyak
waktu, kawan saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak
dia kenali itu. Timbul di hati kawan saya tu untuk jalan seiringan ke surau.
Bila beliau hampir pada kawan saya, diaorang saling memberi salam.
Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan.
Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik.
Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah
yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan kepada kawan saya supaya
pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan kawan saya supaya pesan
pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.


Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah
sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan
jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah,
akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita semua, kata
pakcik itu.

Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak
guna buat baik tapi tak ikhlas untuk Allah.


Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik itu. Bahagian ini, menarik sikit.
Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman
sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya,
anak-anak mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman
globalisasi, anak-anak mungkin kena kerja atau belajar sampai ke
Amerika atau ke mana-mana.
Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat,

kata pak cik itu. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia
sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'.
Atau mungkin untuk menjaga keutuhan iman, kita elakkan diri dari arus
hedonism zaman sekarang. Katakan 'untukmu cara hidupmu, untukku cara
hidupku'. Betul juga, fikir kawan saya. Kemudian, pak cik itu cakap ada satu lagi perkara
yang mesti dipegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda
Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk
ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan >
sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
Kedua, kekuatan hati
Hati ialah iman, kata pak cik itu. Hati orang Islam mesti kuat supaya
betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila
ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat
tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan
iman, kata pak cik itu.


Ketiga, kuat fizikal
Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam
minda, kata pak cik itu. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan
tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang,
katanya. Habis saja pak cik itu cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau
minta diri dan hilang dari pandangan kawan saya setibanya di surau tersebut.

Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan
agar kawan saya ini sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk
disampaikan.

Iqra'.....!

Take a break…….meditate…3 minutes & calm your mind…

Recite 3x :

Tolong daku sekadarnya....

wahai kengkawan,

Tolonglah beri aku apa-apa komen, cadangan, pandangan, kata-kata hikmat atau apa-apa saja dalam aku nak membina satu blog nie.....baru nak berjinak dengan dunia blogger....
Free Web Hosting with Website Builder

Hey! U Get Paid For This!!!