Thursday, July 24, 2008

...sekadar berkongsi...

Baca jika anda ada masa untuk ALLAH.

Bacalah sehingga habis.

My friend forwardkan email kepada saya dan saya hampir membuangnya namun saya telah diberi keberkatan untuk membacanya terus hingga ke penghujung.

ALLAH , bila saya membacanya, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini…. Lebih lebih lagi diwaktu assignment tengah bertimbun-timbun.

Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang …. sebenarnya, menimbulkan pelbagai masalah di dunia ini.

Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat…...

Mungkin malam JUMAAT?.....atau sewaktu solat MAGHRIB atau masa-masa tertentu SAHAJA?

Kita suka ALLAH pada masa kita sakit….

Dan sudah pasti waktu ada kematian…

Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu membuat assignment, bekerja atau bermain?

Kerana… Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA.

Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka……

Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukanlah yang paling utama dalam hidupku. (nauzubillah)

Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.

DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH !!!

Sebarkanlah seandainya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!!

Ya aku CINTA ALLAH .

Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku

IA lah yang mengerakkanku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.

Ini adalah ujian yang mudah.

Kalau anda benar menyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberikan ALLAH kepada mu…

Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?

Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?

Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima……SOLAT!

SOLAT adalah yang terbaik.... Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.

Persoalan timbul: “Tidakkah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK beriman kepada ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka???”

“Tidakkah melucukan bila seseorang berkata “AKU BERIMAN PADA ALLAH” TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH )”

“Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM , ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi???”

“Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda”

Aku berDOA, untuk semua yang membaca watikah ini agar dirahmatiNYA, InsyaALLAH.

1 comment:

faizal mohamad twon tawi said...

salam..
sesungguhnya, Allah maha pengasih lagi maha pengampun lagi maha penyayang.. sebagai makhluk kita perlu bersyukur kerana nikmat yang kita dapat terlalu banyak dan perlu kita bertaubat kerana maksiat yang kita lakukan. masa juga makhluk Allah yg akan menjadi saksi di atas setiap amalan kita. jadi ingatlah Allah masa kita senang mudah-mudahan Allah ingat kita waktu susah...

Free Web Hosting with Website Builder

Hey! U Get Paid For This!!!